ASAYO Kuala Lumpur

Pejabat Belia di Keuskupan Kuala Lumpur ditubuhkan pada tahun 1989 dibawah bimbingan Uskup Agung Kuala Lumpur pada ketika tersebut, Most Rev Anthony Soter Fernandez. Pejabat Belia telah diberi nama Archdiocesan Single Adult and Youth Office, ASAYO. (Juga dikenali sebagai ASAYO KL / ASAYO Kuala Lumpur)

Sejak tahun 1989, ASAYO telah melayani belia di Keuskupan Agung Kuala Lumpur melalui pelbagai cara dengan keutamaan menghubungkan belia kepada Yesus Kristus. ASAYO telah melalui banyak perubahan dan masih sedang berubah demi mencapai matlamat kami melayani belia.

Pada tahun 2016, ASAYO akan mula meneliti dan melayani keperluan pastoral umat muda Katolik menerusi tiga peringkat:



1. Youth and Campus
(Belia dan Pelajar Kampus)
  • Khas untuk umat muda Katolik berusia dari 18 sehingga 24 usia tahun.
  • Termasuk mereka yang berkerja ataupun sedang meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
  • ASAYO Kuala Lumpur melayani semua belia Katolik yang sedang tinggal di Negeri Selangor, Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Wilayah Perseketuan Putrajaya dan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Marilah kita berkenalan

Wahai anak anak muda, ASAYO Kuala Lumpur sungguh bergembira kerana anda sedang memajukan diri dengan menyambung pelajaran anda di IPTA Dan IPTS. Ianya adakah harapan gereja agar esok hari anda akan menjadi pemimpin negara ini yang waras dan prihatin kepada semua golongan masyarakat.

Disebabkan andalah harapan esok, hari ini andalah tanggungjawab ASAYO melayani anda semua. ASAYO bertanggungjawab kepada anda semua demi pembentukkan iman dan penyampaian sakermen seperti setiap umat Katolik.

Dengan ini ASAYO bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan mengisikan banci yang ada di bahagian "Check In" agar ASAYO dapat melayani anda semua dengan efektif.

2. Young Adults
(Belia Dewasa)
  • Khas untuk umat muda Katolik berusia dari 25 sehingga 39 usia tahun.
  • Termasuk mereka yang berkerja ataupun sedang meneruskan pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
  • ASAYO Kuala Lumpur melayani semua belia Katolik yang sedang tinggal di Negeri Selangor, Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Wilayah Perseketuan Putrajaya dan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Jangan hilangkan diri

Kepada anak anak muda yang sedang bertungkus lumus membina kerjaya anda - janganlah berputus asa bila berdepan dengan cabaran, janganlah berasa hampa bila gagal melaksanakan sesuatu dan terutama sekali janganlah kita lupa yang Yesus Kristus adalah sumber segalanya untuk KITA.

Izinkan ASAYO Kuala Lumpur melaksanakan tanggungjawab kepada anda semua iaitu melalui pembentukkan iman dan penyampaian sakramen.

Dengan ini ASAYO bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan mengisikan banci yang ada di bahagian "Check In" agar ASAYO dapat melayani anda semua dengan efektif.


3. Lay Singles
(Kekal Bujang)
  • Khas untuk umat muda Katolik berusia 40 usia tahun keatas dan mereka yang sudah membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan sebagai bujang.
  • Termasuk mereka yang sudah bercerai dan ibubapa tunggal.
  • ASAYO Kuala Lumpur melayani semua belia Katolik yang sedang tinggal di Negeri Selangor, Negeri Pahang, Negeri Terengganu, Negeri Sembilan, Wilayah Perseketuan Putrajaya dan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
Marilah kita berkenalan

Kepada anak anak muda yang sedang berusaha membentuk kehidupan yang layak dengan cinta kasih Juruselamat kami. Izinkan ASAYO Kuala Lumpur melaksanakan tanggungjawab kepada anda semua iaitu melalui pembentukkan iman dan penyampaian sakramen.

Dengan ini ASAYO bermohon kepada anda semua supaya berdaftar dan mengisikan banci yang ada di bahagian "Check In" agar ASAYO dapat melayani anda semua dengan efektif.